Sunday 19 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

               

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA,


                     Bertempat Di Dewan SK Landas pada 9 Februari 2012,satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Landas,En.Khuzainol Bin Che Abdullah.

               Majlis dimulakan dengan perarakan oleh murid-murid dan semua kakitangan sekolah sambil membawa sepanduk menjunjung Kebesaran Nabi Muhammad S.A.W.Setelah perarakan,majlis diteruskan dengan ceramah oleh Ustaz Mohd Nor Bin Tahir.

               Di dalam ceramah ini penceramah mengimbau kembali peristiwa kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang memberikan kesan yang cukup besar kepada kehidupan manusia sejagat.  

                        Dengan kelahiran ini telah muncullah Khatamul Nabiyyin yang akan membimbing manusia ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Sesungguhnya banyak sejarah dan peristiwa pada zaman Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan kepada manusia di dalam menjalani kehidupan sehari-hari.                       
  

            Semoga dengan ceramah yang disampaikan ini akan menimbulkan minat dan kesedaran kepada murid supaya mencontohi dan meneladani akhlak,pergaulan,percakapan dan sebagainya yang  telah ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi contoh dan ikutan sepanjang zaman.

                  Majlis diteruskan lagi dengan aktiviti Mewarna,Bercerita dan Melukis.Akhir sekali Majlis penutup dan penyampain hadiah telah disempurnakan oleh Tuan guru Besar SK Landas.

"Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

                  

No comments:

Post a Comment

BLOG SK LANDAS

Selamat Mengunjungi Blog SK Landas