SEJARAH SEKOLAH










NAMA SEKOLAH                       : SK LANDAS
TARIKH PENUBUHAN              : 01 APRIL 2004
BIL MURID SEMASA                : 146 ORANG
BILANGAN GURU                     : 17 ORANG
BIL ANGGOTA PELAKSANA   : 3 ORANG
BILANGAN KELAS                    : 7 KELAS
ALAMAT                                      : 21810 AJIL, HULU TERENGGANU
NO.TELEFON                              : 09-8383012
NO.FAKS                                      : 09-8383011

EMEL                                       : sklandastba5051@gmail.com










                                PIAGAM PELANGGAN

Kami guru-guru dan staf sokongan SK Landas bersedia untuk memberi perkhidmatan yang terbaik, memuaskan dan ikhlas untuk :

·       Menyediakan peluang pembelajaran yang adil kepada semua murid.
·       Memberi maklumat tertentu yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
·       Menyediakan fizikal sekolah , peralatan dan bahan pengajaran pembelajaran yang sempurna dan mencukupi.
·       Menyediakan tenaga guru dan staf sokongan yang berdaya maju dan berkualiti.
·       Meningkatkan tahap disiplin , keceriaan, kebersihan, kesihatan dan keselamatan di sekolah.
·       Mentadbir dan mengurus sekolah dengan efisyen.
·       Melahirkan lepasan sekolah yang berilmu , beriman, beramal dan berakhlak mulia.



                                       SEJARAH



Pembinaan

          Sebuah sekolah  telah mula dibina pada tahun 2001 dan siap untuk digunakan pada tahun 2003 di bwah projek ’PMC’ di sebuah kawasan di Kampung Landas. Bersempena dengan kedudukannya di kampong berkenaan, sekolah tersebut telah diberi nama Sekolah Kebangsaan Landas. Ianya terletak berhampiran sebuah ladang yang dulunya dikenali sebagai Ladang Koko Landas tetapi kini bertukar menjadi Ladang Kelapa sawit di bawah naungan TDM Plantation Sdn Bhd.

Lokasi

          Terletak di km 16 jalan Ajil – Jerangau iaitu  26 km dari Pejabat  Pendidikan  Daerah Hulu Terengganu dan 50 km dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu  di atas tanah   dengan keluasan 5.11 hektar.


Penempatan Staf dan Murid


          Mula beroperasi pada 1 januari 2004 dengan penempatan 2 orang guru penolong kanan, seorang pembantu tadbir rendah untuk menjalankan kerja- kerja pengurusan, penerimaan dan penempatan peralatan sekolah. Di samping itu, bagi membantu penyelenggaraan kebersihan dan keselamatan sekolah, jabatan telah menempatkan 10 orang pekerja cucian dan 2 orang pengawal keselamatan swasta.
          Berdasarkan surat jabatan pelajaran negeri Terengganu P.T.04033-02/(18) bertarikh 27 Mac 2004 dan surat Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu PPD/HT/01/06/09/(12) bertarikh 27 Mac 2004, maka sekolah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 April 2004 dengan penempatan 11 orang guru, seorang staf pejabat dan 163 orang murid yang belajar di SK Peroh dan SK LKTP Jerangau. Murid- murid ini tinggal di sekitar Kampung Landas dan Kampung Tok Dor.

Kod Sekolah

          Sekolah ditubuhkan pada 1 Mac 2004 dengan kod sekolah TBA 5051 oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Peajaran Malaysia dengan suratnya KP(BPPDP)/605/11-11(25) bertarikh 22 Mac 2004.


Sejarah Perkembangan Sekolah

          Setelah 11 tahun beroperasi, kini SK Landas mempunyai 17 orang guru, 3 orang staf pejabat termasuk seorang pembantu pengurusan murid, 4 orang pekerja cucian dan 4 orang pengawal keselamatan swasta.
          Pada 1 Januari 2007 kelas prasekolah dibuka dengan bilangan muridnya 25 orang. Kini, murid berjumlah 146 orang. Dalam tempoh itu, beberapa kejayaan telah diperolehi meliputi bidang kurikulum dan ko- kurikulum. 

Enrolmen Murid 2016

Tahun
Bilangan Kelas
Bil Murid
1
1
19
2
1
23
3
1
15
4
1
24
5
1
19
6
1
21
Pra Sekolah
1
25
JUMLAH
7
146



Pentadbiran

          Sekolah diurus dan ditadbir oleh seorang guru besar pertamanya iaitu Puan Saudah bt. Abd Rahman yang berkhidmat di sekolah ini mulai 1 Julai 2004 hingga 2008.
          Kini, SK Landas diterajui oleh Encik Noor Adzmee bin Mohamad Daud yang bertugas pada Januari 2016 sehingga sekarang.
 Berikut ialah senarai guru dan staf sekolah.

Bil
Nama Pegawai
Jawatan
1
En Noor Adzmee b Mohamad Daud
Guru Besar
2
Pn Saloma bt. Talib
GPK Pentadbiran
3
En Ismail b. Mamat
GPK HEM
4
YM Tg Abd Halim b Tg Mansor
GPK KOKU
5
En Hashim b Muda
Guru Penolong
6
En Mhd Shamsudin b Mansor 
Guru Penolong
7
En Saharuddin b Mat
Guru Penolong
8
Pn Hanifah bt Ibrahim
Guru Penolong
9
Pn Rusmani bt Aripin
Guru Penolong
10
Pn Che Esah bt Md Nor
Guru Penolong
11
Pn Bahariah bt Lateh
Guru Penolong
12
Pn Noor Hanim bt Muhammad
Guru Penolong
13
Pn Kartinun bt Mohamed @ Abd Razak
Guru Penolong
14
Pn Siti Suhaila bt Mamat
Guru Penolong
15
Pn Mariam bt Hamat
Guru Penolong
16
Cik Mariam bt Hassan
Guru Penolong
17
Pn Noriana bt Md Noor
Guru Penolong
18
Pn Normi bt Bidin
Pembantu Tadbir
19
Pn Aishah bt Ahmad
Pembantu Operasi
20
Cik Norfazila bt Salim
PPM









BLOG SK LANDAS

Selamat Mengunjungi Blog SK Landas