AKADEMIK




                   Matlamat persekolahan di sekolah rendah adalah untuk menyediakan murid dengan kemahiran asas 3M yang sangat penting iaitu menulis, membaca dan mengira. UPSR dilaksanakan pada akhir Tahun 6 untuk mentaksir sejauh mana calon telah dapat menguasai tiga kemahiran yang saya sebutkan tadi ditambah dengan penguasaan kemahiran saintifik sebagai memenuhi tuntutan akademik persekolahan di sekolah rendah.

                  Selain kemahiran akademik, murid-murid seharusnya diberi peluang untuk membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang





             Maklumat daripada keputusan UPSR ini boleh dirujuk oleh pelbagai pihak untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran 3M dan kemahiran saintifik yang diterapkan melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. 

             Keputusan UPSR boleh digunakan oleh pentadbir sekolah menengah sebagai maklumat untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ini bermakna keputusan UPSR bukan merujuk kepada lulus atau gagal seseorang murid tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid di tahun akhir persekolahan rendah.

BLOG SK LANDAS

Selamat Mengunjungi Blog SK Landas