Thursday 5 July 2012

PRA PERCUBAAN UPSR TAHUN 2012

        

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA,


         
               Pada tanggal 3,4,dan 5 Julai 2012,murid-murid tahun 6 SK Landas sedang menduduki Pra Percubaan UPSR 2012. Semoga peperiksaan ini menjadi pengukur tahap pencapaian UPSR untuk semua murid.

              Warga SK Landas amat berharap tahun ini dan tahun-tahun seterusnya pelajar-pelajar kami akan terus melakarkan sejarahnya yang tersendiri dan menjadikan SK Landas terbilang dan gemilang...Kami Semua mendoakan kejayaan mu....


PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA,

             
                Majlis Pelancaran Konsep Guru penyayang Peringkat Sekolah telah diadakan pada 15 April lalu telah dirasmikan oleh En.Mohd Sukri Bin Hamzah yang mewakili Guru Besar.

               Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Di akhir majlis,murid-murid bersama guru memotong kek sebagai tanda kenangan. Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi.

BLOG SK LANDAS

Selamat Mengunjungi Blog SK Landas